Wednesday 30 November 2011

CHOW NOVEMBER


Cuaca tenang, damai dan menyegarkan. Burung burung berkicauan, beterbangan bersama pasangan mencari harta sepencarian. Kucing kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan picisan ikan ikan buangan, serpihan ayam buangan di kedai kedai berjenama Mahmood Dolah atau macdonald dan Kacip Fatimah Club atau nama manja nye KFC.

merapu.

Assalam alaik dan selamat sejahtera people. sunyi sepi blog ni. sadis. nak kata busy, cuti. mungkin ramai mengambil peluang cuti untuk keluar pergi vacation bersama keluarga. mungkin juga ada yang kesulitan dek banjir yang melanda. nak kata tak cukup author, terpapar jelas beberapa nama di situ. tapi tidak mengapa. mungin ya dan mungkin tidak.

terasa baru semalam kita menjejak kaki ke bulan November, but within a few blinks, it's November 3o already today. and it's time to bid farewell to it.

TAHUN 2011 juga bakal melabuhkan tirainya, tidak lama lagi. so bagaimana pencapaian kita tahun ini? manis seperti dirancang? atau indah khabar dari rupa?

sama sama la kita muhasabbah diri. pihak PEERS tidak ada apa yang hendak dicanang kali ini cuma sekadar mengisi ruang kosong ini mengajak rakan rakan merenung sejenak waktu kita yang lepas. Jika kita masih di landasan yang betul maka teruskan perjuangan itu, jika tidak maka carilah pangkalnya, berbalik la kepada kebenaran.

mungkin setakat ini saja coretan yang dapat dinukilakn pada hari ini, sehingga kita bertemu di entry yang berikutnya :)

akhir kata, ayuh kita renung bersama kata kata di bawah ;)

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)