Sunday 11 December 2011

BeLanJaWan BerHemaH !!


FIKIRKAN DAN RENUNGKAN!


Kau mahu dan kau mampu tapi tak perlu...     : sabarlah dulu

Kau mahu tapi tak mampu dan tak perlu...     : biarlah di situ

Kau mahu tapi tak mampu tapi kau perlu...    : lakukanlah sesuatu

Kau mahu dan kau mampu dan kau perlu...      : dapatkanlah sesuatu

Kau tak mahu tapi kau mampu dan kau perlu... : jangan ragu-ragu

Kau tak mahu dan tak mampu tapi kau perlu... : mintalah dibantu

Kau tak mahu tapi kau mampu tapi tak perlu...: tutuplah saku

Kau tak mahu dan tak mampu dan tak perlu...  : nafsu pun buat tak tahu



MAHU, MAMPU DAN PERLU
DITIMBANG OLEH KEUTAMAAN.

DAHULUKAN MANA YANG LEBIH UTAMA.

Sumber : Majalah Anis 



SO,
Let's plan our budget wisely for the future!!

Thursday 1 December 2011

IT'S DECEMBER


Because it's December people.

count your garden by the flowers
never by the leaves that fall
count your days by the golden hours
don't remember clouds at all
count your nights by stars, not shadows
count your years with smiles, not tears
count your blessing, not your troubles
count your ages by friends, not years.



Wednesday 30 November 2011

CHOW NOVEMBER


Cuaca tenang, damai dan menyegarkan. Burung burung berkicauan, beterbangan bersama pasangan mencari harta sepencarian. Kucing kucing jalanan gigih menyara hidup anak bini dengan picisan ikan ikan buangan, serpihan ayam buangan di kedai kedai berjenama Mahmood Dolah atau macdonald dan Kacip Fatimah Club atau nama manja nye KFC.

merapu.

Assalam alaik dan selamat sejahtera people. sunyi sepi blog ni. sadis. nak kata busy, cuti. mungkin ramai mengambil peluang cuti untuk keluar pergi vacation bersama keluarga. mungkin juga ada yang kesulitan dek banjir yang melanda. nak kata tak cukup author, terpapar jelas beberapa nama di situ. tapi tidak mengapa. mungin ya dan mungkin tidak.

terasa baru semalam kita menjejak kaki ke bulan November, but within a few blinks, it's November 3o already today. and it's time to bid farewell to it.

TAHUN 2011 juga bakal melabuhkan tirainya, tidak lama lagi. so bagaimana pencapaian kita tahun ini? manis seperti dirancang? atau indah khabar dari rupa?

sama sama la kita muhasabbah diri. pihak PEERS tidak ada apa yang hendak dicanang kali ini cuma sekadar mengisi ruang kosong ini mengajak rakan rakan merenung sejenak waktu kita yang lepas. Jika kita masih di landasan yang betul maka teruskan perjuangan itu, jika tidak maka carilah pangkalnya, berbalik la kepada kebenaran.

mungkin setakat ini saja coretan yang dapat dinukilakn pada hari ini, sehingga kita bertemu di entry yang berikutnya :)

akhir kata, ayuh kita renung bersama kata kata di bawah ;)

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Monday 31 October 2011

REVISION


gambar ni tak de kena mengena degan post ni :)

Assalamualaikum dan selamat pagi slash petang slash malam slash waktu waktu anda sedang baca blog ni ye.

Macam mane preparation final exam rakan rakan sekalian? Berita gembira kah? Anyway, pihak peers dengan berlapang dadanya ingin berkongsi sedkit sebanyak ( sedikit ke banyak ni) tips revision. eheh. Selalu kita dengar kan, study kena smart jgan hard, bru tak penat. So, apa sebenarnye study SMART ni ye?

Revision tips: study SMART

S - Specific in doing revision. Cover everything from the front page to the index. Don’t miss a single info at the side of the pages.

M – Measure your understanding when you are done at certain topic. Do some speed test and analyze your progress

A – Achieved certain target. You should set a target and achieved it in your short test. Make sure you achieve the target.

R – Reliable method. Use practical and logic method which suit your way. Some said boil the books and drink the water is very much helpful. Why not give it a try?

T – Time boundary. Tak kan nak study je. So there should be time boundary. You should have finished particular parts in particular times. Do schedule you revision.

Macam ni rupe rupe nya. Namun begitu, ceh macam tulis karangan BM dah, ada penanda wacana, dalam kesibukan study tu luang luangkan masa untuk hiburkan diri sendiri sejenak. Kita manusia, bukan machine. Pergilah karaoke ke, bowling ke, tengok movie ke, tidur haha untuk hilangkan bebanan tu ye kawan kawan ye. Rilek rilek je ye.

apa apa pun :

GOOD LUCK FRIENDS :)

message above brought to you by LOREAL PARIS.
"kerana dirimu begitu beharga :) "

Friday 28 October 2011

Penting!!!



As salam dan salam sejahtera..

Hajah Aluyah sedang mencari 10 orang pelajar INTEC utk membantu beliau menjayakan program di sebuah sekolah pada 12 NOVEMBER 2011.

Jika ada yg berminat, sila sms Hajah Aluyah secepat mungkin. (013 3921334)

Perjumpaan bagi latihan fasilitator akan diadakan pada
9 NOVEMBER 2011 JAM 5 PETANG..

Sila sebarkankan kpd seramai yg mungkin...

Jazakallahu Khairan Kathira dan Terima kasih..

Wassalam.




#Nilai

Dari ruang celahan tingkap yang terdedah. Hujan. Satu rahmat kepada bumi, setelah sekian lama berdahaga. Pokok-pokok turut nampak gembira. Ya, sedang melambai-lambai. Ibarat ikut sama menari-nari dengan alunan merdu angin yang terhembus. Gamaknya begitulah lagak mereka semua mengzahirkan rasa syukur mereka pada sang pencipta. Dari satu sudut yang tinggi, kelihatan seorang pemuda dari celahan tetingkap yang terdedah. Memerhatikan manik hujan menghempap kebumi. Turut terhibur dengan telatah seisi alam yang 'bermain-main'. Nampak, ada dua-tiga orang budak sedang berlari-lari di kawasan padang. Tak ingin berlepas peluang mahu turut sama 'bermain'. Tidak lama. Rasa itu. Sekejap saja. Seperti ada sesuatu ang berlegar diruang pemikiran si pemuda itu. Tetiba wajahnya menjadi suram. Seakan-akan sedang memikirkan sesuatu yang agak berat. Dia mengeluh! Cuba mencari ketenangan disebalik renyai hujan. Dia berpaling memerhati ruang bilik yang kelihatan kemas tersusun. Jauh di sudut kiri bilik, terlipat cantek sejadah biru, seusai asar tadi. Dia kembali merenung keluar tingkap. Tenggelam dalam lamunan persoalan yang masih tidak terjawab. Tetiba, terimbas peristiwa tiga hari lepas. Peristiwa yang mengubah persoalan hidup. Ya, peristiwa itu telah mengubah segala-galanya. Peristiwa itu telah membawa dia kembali kepada fitrah kehidupan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tiga hari sebelumnya. Dalam mood study leave, sendirian dibiliknya. Seminggu dua minggu kemudiannya 'final-exam'. Pemuda itu berada di atas katil. Sedang ralik menekan-nekan papan kekunci komputer riba miliknya. Kekadang tersenyum-senyum sendiri. Kekadang tergelak-gelak kecil. Terkadang gelak lagaknya tak ingat dunia. Macam harem! Apalah yang best sangat tu. Di luar bilik. Ruang tamu. Campbell edisi yang entah keberapa terbongkang di atas meja. Kertas-kertas bertaburan ada yang sampai ke lantai. Di biarkan sahaja begitu. Masih mengadap 'laptop'nya itu. Sehari tanpa benda tu, memang tak sah. 'Study' entah kemana, tahu main.main.main aje kerjanya. Pelajaran entah kemana, result pon entah kemana. Last2 dengan tuan-tuannya sekali entah kemana. Masih kusyuk mengadap benda alah tu. Apa ke yang best sangat dengan 'menatang' tu? Kalau boleh bagi 'paper-exam' kau A tu. takpe lah jugak an! Nie habuk pun tadapa. Azan seketika berbunyi. Dibuatnya acuh tak acuh. Masih selamba dihadapan 'laptop'nya tu. Perrgggh! tak reti2 nak berhenti ke budak sorang nie. Aku yang karang sekali pon naik sakit hati. =..=''! Kemudian, Blackberry-nya berbunyi. Wah! laju saja diangkatnya. Berlari-lari bagai di kejar anjing gila lagaknya. Panggilan. Panggilan dari kawan. Mengajak pemuda itu keluar jejalan. Errrm! Nak enjoy lah katakan. Stress study katanya. Tanpa berpikir sesaat, terus saja bersetuju. Porah! kalau ajak turun kesurau, mau saja 19 kali nak kena kepikiran dulu. Kalau yang ini, laju aje mau perginya. 

59minit, 60saat. Masa yang diambil untuk bersiap. Takde la sekejap sangat bagi gegurl. Tapi cukup menyiksa bagi golongan boboi. Bersiap mengalahkan orang ponpuan. Tapi sapa kisah? Biarlah dia. Diluar sana, kekawannya sudah menunggu. Dua lelaki, dua perempaun. Lelaki didepan, perempuan dibelakang. Melambai-lambai kearahnya setelah nampak bayangan pemuda tersebut berjalan meninggalkan biliknya.

"Wussup babe!" sapa pemuda itu kepada temannya.

Agaknya dah lupa macam mana nak bagi salam. Nak jugak aku ajar. 30 minit kemudian mereka sampai ke lokasi yang dituju. Salah satu pusat melepak para remaja. Mid Valley. Motif nak tengok wayang sambil shopping-shopping sikit. Sikit la sangat kan? Waktu tayangan bermula pukul 4.30! Dun worry. Masih ada sejam lagi nak meroyan ke butik pakaian. Bukan kedai erk butik. Harga sehelai baju harga kalau tak lebih dari rm100. Alamax bukan butik la tu. Bla bla bla..............
Pukul 6.45. Wayang tamat. Para penonton bergegas keluar dari pintu. Masing-masing berebut mau keluar. Gamaknya mcam ada gempa bumi lak pula. Lima orang remaja keluar terkebelakang dari yang lain. Nampak riak kepuasan dalam kepenatan. Oke lah cerita tu barangkalinya. Apa kesah. Janji enjoykan. Mereka menuju ke tandas. Benda biasa lepas tengok wayang. Asat entah ke mana. Tapi si pemuda itu tidak turut serta. Menunggu di bangku rehat. Mencari sedikit ruang untuk bernafas secara bebas. Tetiba terlihat akan lagat seorang tua. Berjubah putih. Menaiki 'escalator'. Dalam sesak orang ramai menaiki benda tersebut, orang tua itu terjatuh. Terkehil-kehil ingin bangun. Lalu bangun si pemuda itu, membantu. Orang tua itu nampak sedikit aneh. Ya, aneh sekali. Tenang saja bila melihat wajahnya. Orang tua itu nampaknya ingin segera pergi, sebelum berlalu pergi, sempat ditanya satu soalan kepada pemuda itu. Persoalan yang mengubah perspektif hidup. Hidup bebas yang dia lalui. Tiada kata mampu dilafaz ketika itu. Kawan2 menyapa. Ditoleh kembali kearah insan tua itu tadi, lesap! Ghaib dalam sesak manusia yang ramai. Dia tertanya-tanya siapa gerangan si tua tadi. Ada ang tidak kena pada hatinya.

#Nilai pada dunia.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Diluar masih kehujanan. Masih segar peristiwa itu yang mengubah segala bagai persepsi kehidupan. Persoalan itu masih belum terjawab. Dan dia pasti tidak ada yang pasti menjawab. Dia yakin. Walau sesusah mana pun soalan mathematics. Pasti ada jalan penyelesaiannya. Tapi tidak kepada soalan ini. Yang memerlukan satu ruangan lain untuk berfikir. Luas tapi mendalam. Ya. Persoalan tentang nilai. Nilai kita sebagai manusia di dunia ini. Lupakan tentang sengkata agama. Apakah matlamat kita didunia ini? Adakah matlamat kita bersandarkan dunia semata-mata. Kemana kita selepas ini? Sedangkan mati itu pasti. Adakah ianya berakhir begitu saja. Dimamah tanah. Dimakan cacing. Realitinya begitu. Zahirnya jelas tapi hijab yang tertutup itu cukup menyiksakan. Pemuda itu masih merenung ke luar. Memikirkan tentang perkara itu. Tentang hal-hal dunia yang melalaikan. "Ah, lekluh kita enjoy jap, kita masih muda." Ya, kita masih muda. Tapi mati tak kenal usia. Pemuda itu bertanya. Apakah nilai kehidupan ini mampu membayar kehidupan di alam sana nanti?

Satu soalan yang tidak mampu untuk dijawap. Terlihatan derai air mengalir seiring dengan hujan diluar sana. Memikirkan kehidupan dia yang lalu. Yang cukup menyedihkan. Seketika. Azan maghrib berkumandang...

Notakaki: Apa nilai kita didunia untuk kita bayar diakhirat nanti? Renung-renungkanlah.

#Cinta dunia yang tiada kesudahan.
by Unknown





Tuesday 25 October 2011

End Semester Exam: Best of Luck to All INTEC Students

To all INTEC Students:

BEST OF LUCK 
IN YOUR 
END-SEMESTER EXAMINATION






From.
INTEC PEERS GROUP

Doa Penerang Hati


Doa Penerang Hati

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)



Himpunan Doa Untuk Pelajar

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”



- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:



1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”



4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”



5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”




copy and paste...