Tuesday 7 February 2012

Jom Baca Buku

adapted from





MEMBACA GAYA WAWASAN

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd





Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan




Apabila menonton  video di atas, teringat pula waktu kecil suka terjerit2 menyanyikan lagu MEMBACA GAYA WAWASAN.

Video ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Dewan Masyarakat tahun 2009, secara puratanya seorang rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun.
Secara ilmiah, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pembudayaan ilmu berbanding negara lain seperti Jepun dan England.

Kebanyakan daripada kita lebih gemar untuk membaca bahan bacaan picisan seperti komik dan majalah hiburan.
Sebenarnya, bahan bacaan picisan bukanlah tidak baik untuk dibaca cuma apabila dijadikan peneman hidup seharian, buku-buku ini langsung tidak membantu dalam pembentukan minda kelas pertama.

Selain itu, ramai pelajar membaca buku untuk berjaya dalam peperiksaan semata-mata.
Ilmu yang dibaca akan hilang begitu sahaja sebaik peperiksaan tamat.
Hal ini menunjukkan mentaliti pelajar-pelajar Malaysia masih berada tangga tercorot.

Seterusnya, harga buku yang mahal di pasaran menyebabkan minat membaca akan merudum.
Mereka berfikiran secara logik harga yg ditawar seharusnya lebih murah mengikut aspek kualiti buku tersebut.
Sewajarnya, kita berfikiran lebih jauh secara positif bahawa harga buku lebih bergantung kepada negara asal buku, pengarang buku, jenis buku, jenis kertas yg digunakan dan trend perminatan dan penghasilan

Marilah kita ambil iktibar dari terjemahan berikut:

Dalam Surah Al-Alaq, ayat 1-2, “Bacalah. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan segala makhluk”

Dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11,” Wahai orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis," maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untuk kamu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu,” maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah terhadap apa yang kamu kerjakan adalah al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal)”

Oleh demikian, marilah kita jadikan membaca ini gaya wawasan, budaya hidup dalam usaha kita memajukan dan membangunkan budaya ilmu seterusnya menangkat negara kita sebagai negara maju di samping kita dapat memenuhi tuntutan agama.

p/s: Jikalau terdapat kesilapan, sila tegur saya.
       Thanks to radinfadzil for sharing his blog.(huhuhu)

No comments: