Friday 28 October 2011

#Nilai

Dari ruang celahan tingkap yang terdedah. Hujan. Satu rahmat kepada bumi, setelah sekian lama berdahaga. Pokok-pokok turut nampak gembira. Ya, sedang melambai-lambai. Ibarat ikut sama menari-nari dengan alunan merdu angin yang terhembus. Gamaknya begitulah lagak mereka semua mengzahirkan rasa syukur mereka pada sang pencipta. Dari satu sudut yang tinggi, kelihatan seorang pemuda dari celahan tetingkap yang terdedah. Memerhatikan manik hujan menghempap kebumi. Turut terhibur dengan telatah seisi alam yang 'bermain-main'. Nampak, ada dua-tiga orang budak sedang berlari-lari di kawasan padang. Tak ingin berlepas peluang mahu turut sama 'bermain'. Tidak lama. Rasa itu. Sekejap saja. Seperti ada sesuatu ang berlegar diruang pemikiran si pemuda itu. Tetiba wajahnya menjadi suram. Seakan-akan sedang memikirkan sesuatu yang agak berat. Dia mengeluh! Cuba mencari ketenangan disebalik renyai hujan. Dia berpaling memerhati ruang bilik yang kelihatan kemas tersusun. Jauh di sudut kiri bilik, terlipat cantek sejadah biru, seusai asar tadi. Dia kembali merenung keluar tingkap. Tenggelam dalam lamunan persoalan yang masih tidak terjawab. Tetiba, terimbas peristiwa tiga hari lepas. Peristiwa yang mengubah persoalan hidup. Ya, peristiwa itu telah mengubah segala-galanya. Peristiwa itu telah membawa dia kembali kepada fitrah kehidupan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Tiga hari sebelumnya. Dalam mood study leave, sendirian dibiliknya. Seminggu dua minggu kemudiannya 'final-exam'. Pemuda itu berada di atas katil. Sedang ralik menekan-nekan papan kekunci komputer riba miliknya. Kekadang tersenyum-senyum sendiri. Kekadang tergelak-gelak kecil. Terkadang gelak lagaknya tak ingat dunia. Macam harem! Apalah yang best sangat tu. Di luar bilik. Ruang tamu. Campbell edisi yang entah keberapa terbongkang di atas meja. Kertas-kertas bertaburan ada yang sampai ke lantai. Di biarkan sahaja begitu. Masih mengadap 'laptop'nya itu. Sehari tanpa benda tu, memang tak sah. 'Study' entah kemana, tahu main.main.main aje kerjanya. Pelajaran entah kemana, result pon entah kemana. Last2 dengan tuan-tuannya sekali entah kemana. Masih kusyuk mengadap benda alah tu. Apa ke yang best sangat dengan 'menatang' tu? Kalau boleh bagi 'paper-exam' kau A tu. takpe lah jugak an! Nie habuk pun tadapa. Azan seketika berbunyi. Dibuatnya acuh tak acuh. Masih selamba dihadapan 'laptop'nya tu. Perrgggh! tak reti2 nak berhenti ke budak sorang nie. Aku yang karang sekali pon naik sakit hati. =..=''! Kemudian, Blackberry-nya berbunyi. Wah! laju saja diangkatnya. Berlari-lari bagai di kejar anjing gila lagaknya. Panggilan. Panggilan dari kawan. Mengajak pemuda itu keluar jejalan. Errrm! Nak enjoy lah katakan. Stress study katanya. Tanpa berpikir sesaat, terus saja bersetuju. Porah! kalau ajak turun kesurau, mau saja 19 kali nak kena kepikiran dulu. Kalau yang ini, laju aje mau perginya. 

59minit, 60saat. Masa yang diambil untuk bersiap. Takde la sekejap sangat bagi gegurl. Tapi cukup menyiksa bagi golongan boboi. Bersiap mengalahkan orang ponpuan. Tapi sapa kisah? Biarlah dia. Diluar sana, kekawannya sudah menunggu. Dua lelaki, dua perempaun. Lelaki didepan, perempuan dibelakang. Melambai-lambai kearahnya setelah nampak bayangan pemuda tersebut berjalan meninggalkan biliknya.

"Wussup babe!" sapa pemuda itu kepada temannya.

Agaknya dah lupa macam mana nak bagi salam. Nak jugak aku ajar. 30 minit kemudian mereka sampai ke lokasi yang dituju. Salah satu pusat melepak para remaja. Mid Valley. Motif nak tengok wayang sambil shopping-shopping sikit. Sikit la sangat kan? Waktu tayangan bermula pukul 4.30! Dun worry. Masih ada sejam lagi nak meroyan ke butik pakaian. Bukan kedai erk butik. Harga sehelai baju harga kalau tak lebih dari rm100. Alamax bukan butik la tu. Bla bla bla..............
Pukul 6.45. Wayang tamat. Para penonton bergegas keluar dari pintu. Masing-masing berebut mau keluar. Gamaknya mcam ada gempa bumi lak pula. Lima orang remaja keluar terkebelakang dari yang lain. Nampak riak kepuasan dalam kepenatan. Oke lah cerita tu barangkalinya. Apa kesah. Janji enjoykan. Mereka menuju ke tandas. Benda biasa lepas tengok wayang. Asat entah ke mana. Tapi si pemuda itu tidak turut serta. Menunggu di bangku rehat. Mencari sedikit ruang untuk bernafas secara bebas. Tetiba terlihat akan lagat seorang tua. Berjubah putih. Menaiki 'escalator'. Dalam sesak orang ramai menaiki benda tersebut, orang tua itu terjatuh. Terkehil-kehil ingin bangun. Lalu bangun si pemuda itu, membantu. Orang tua itu nampak sedikit aneh. Ya, aneh sekali. Tenang saja bila melihat wajahnya. Orang tua itu nampaknya ingin segera pergi, sebelum berlalu pergi, sempat ditanya satu soalan kepada pemuda itu. Persoalan yang mengubah perspektif hidup. Hidup bebas yang dia lalui. Tiada kata mampu dilafaz ketika itu. Kawan2 menyapa. Ditoleh kembali kearah insan tua itu tadi, lesap! Ghaib dalam sesak manusia yang ramai. Dia tertanya-tanya siapa gerangan si tua tadi. Ada ang tidak kena pada hatinya.

#Nilai pada dunia.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Diluar masih kehujanan. Masih segar peristiwa itu yang mengubah segala bagai persepsi kehidupan. Persoalan itu masih belum terjawab. Dan dia pasti tidak ada yang pasti menjawab. Dia yakin. Walau sesusah mana pun soalan mathematics. Pasti ada jalan penyelesaiannya. Tapi tidak kepada soalan ini. Yang memerlukan satu ruangan lain untuk berfikir. Luas tapi mendalam. Ya. Persoalan tentang nilai. Nilai kita sebagai manusia di dunia ini. Lupakan tentang sengkata agama. Apakah matlamat kita didunia ini? Adakah matlamat kita bersandarkan dunia semata-mata. Kemana kita selepas ini? Sedangkan mati itu pasti. Adakah ianya berakhir begitu saja. Dimamah tanah. Dimakan cacing. Realitinya begitu. Zahirnya jelas tapi hijab yang tertutup itu cukup menyiksakan. Pemuda itu masih merenung ke luar. Memikirkan tentang perkara itu. Tentang hal-hal dunia yang melalaikan. "Ah, lekluh kita enjoy jap, kita masih muda." Ya, kita masih muda. Tapi mati tak kenal usia. Pemuda itu bertanya. Apakah nilai kehidupan ini mampu membayar kehidupan di alam sana nanti?

Satu soalan yang tidak mampu untuk dijawap. Terlihatan derai air mengalir seiring dengan hujan diluar sana. Memikirkan kehidupan dia yang lalu. Yang cukup menyedihkan. Seketika. Azan maghrib berkumandang...

Notakaki: Apa nilai kita didunia untuk kita bayar diakhirat nanti? Renung-renungkanlah.

#Cinta dunia yang tiada kesudahan.
by Unknown





No comments: