Saturday 1 October 2011

'Fight & Flight'

Dalam meniti kehidupan seharian, kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini yg diwajibkan ke atas kita untuk menegakkan agama dan memakmurkan dunia. Akan tetapi, kehidupan kita pasti akan suram tanpa dugaan daripada-Nya. Segala cabaran, halangan , masalah dan kekangan adalah sebahagian drpd dugaan hidup.

Namun begitu, apabila kita menghadapi sesuatu dugaan, kita merasakan hidup kita seakan berakhir di situ sahaja. Persoalan yg mungkin timbul; 

"Kuatkah aku untuk menghadapi segala dugaan ini?"

"Jikalau aku lari dari masalah ini, aku pasti digelar pengecut. Tetapi, kalau aku teruskan juga, perjalanan aku masih pasti kabur."

Sebenarnya dalam kehidupan, kita diberi 2 pilihan yang pasti iaitu lawan(fight) atau lari(flight) sebagai penyelasaian masalah.
Dengan memberi analogi yg mudah;


Masalah   :  Rumah kotor disebabkan rakan serumah yang pengotor

Fight   :   Memberitahu bahawa mereka seharusnya menjaga kebersihan.

Flight   :  Mengendahkan mereka tetapi pada yg sama kita haruslah menjaga kebersihan diri sendiri 



'Fight'





'Flight'


Fight
Sekiranya kita  mempunyai keberanian yg cukup utk menyuarakan pendapat kita, cuma luahkannya kepada kawan kita pada tempat, masa dan cara yg betul (cara yg betul ada di bawah). Janganlah kita memberitahu perkara berkenanaan dlm kelas, ataupun pada waktu pagi. Ini menyebabkan mesej yg hendak disampaikan menjadi tidak kesampaian.
Sbg contoh, kita hendak 'transfer' fail dari telefon bimbit ke laptop dengan menggunakan 'Bluetooth' tapi kita 'switch on' WiFi 'adapter'. Memang la tak akan sampai..huhhuhu


Flight
Andai kata, kita masih ragu-ragu akan kebolehan kita untuk menyuarakan secara terus, kita boleh mengundurkan diri. Akan tetapi, pengunduran ini hendaklah tidak dilakukan secara ifiniti tetapi hanya 'temporary'. Kita hendaklah mengatur strategi dalam misi menuju jalan 'Fight' kpd situasi ini. 


Prosedur:
1. Kita hendaklah melengkapkan diri dengan "i-ASK"

i = IMAN (God conscious)
A = positive ATTITUDE (sikap yg positif)
S = being SKILLFUL (menjadi berkemahiran)
K = KNOWLEDGEABLE (mempunyai pengetahuan)


Kita hendaklah menpunyai IMAN bahawa kita menegur rakan kita yg PENGOTOR atas sebab AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR (berpesan kpd kebaikan dan mencegah drpd kejahatan), jikalau tidak mereka akan berada dlm kesesatan selama-lamanya.


Kita hendaklah mempunyai SIKAP POSITIF dan PENGETAHUAN untuk menyampaikan hasrat kita kpd rakan-rakan kita itu. Oleh demikian, kita hendaklah BERKEMAHIRAN dlm berkomunikasi dengan efektif terhadap kawan-kawan kita.


2. Membuat latihan skrip (scripting) secara 'visualization'


Sebelum kita menghadapi kawan kita itu, kita hendaklah berlatih bercakap agar kita tidak tergagap-gagap pada hari kejadian. Latihan ini disebut 'scripting'.

Namun kita hendaklah menguasai KEMAHIRAN berkomunikasi dengan menggunakan konsep 'I messages"
Dalam percakapan kita hendaklah kita memberitahu perbuatan/behaviour dan apa perasaaan/feeling kita terhadap perlakuan beliau. Akhir sekali, kita katakan kesan/effect terhadap diri kita.


"Ali ,aku ada benda nk cakap"
"Ali, rumah kita kotor la sebab ko asyik buang sampah atas lantai je(perbuatan/behaviour), aku rasa tak selesa la nk duduk rumah ini(perasaan/feeling). then, ini buatkan aku tak boleh nak study!!!!!!!!(kesan/effect)"


Nasihat penting:
Apabila bercakap, kita hendaklah menggunakan ton yg sesuai, bercakap dengan kelajuan sederhana, 'body language'(pergerakan tangan dan anggota badan yg lain) dan 'eye-contact'. Ini dapat memberikan aura yg cukup kuat untuk seseorang itu mendengar mesej yg hendak kita sampaikan.


Teknik 'visualization'
Teknik membolehkan kita boleh bercakap dengan lancar pada hari kejadian kerana kita telah membuat latihan sebelum menghadapi kejadian tersebut. Apabila kita sering membuat latihan, 'mind set' kita ialah aku telah banyak kali menghadapi perkara ini, maka apabila saat ini sudah sampai, aku boleh berjuang untuk hak aku(opsss terlebih pulak). Cara menggunakan teknik adalah dengan menggunakan skrip yang telah dibuat dan pratik dengan diri sendiri di mana-mana ataupun di hadapan cermin. Teknik ini menjadi lebih berkesan jikalau kita berlatih dengan teman rapat atau rakan sebaya.


3. Hari kejadian telah tiba.
Kita berdoa kepada ALLAH agar kawan kita dapat menerima mesej kita dengan sebaiknya bukan untuk membuka pekung di dada kawan kita. Akhir sekali, kita akan mendapat kepuasan dan keseronokan kerana INSYA-ALLAH, masalah ini dapat diselesaikan.



Credit to Hajah Siti Aluyah kerana telah berkongsi tips yg sangat bagus...

Untuk lebih tips yg menarik silalah call Hajah atau datang ke seminar kaunseling setiap hari Selasa pada 5ptg-6ptg di E105 (Dewan Anggerik)....


Nukilan seorang insan yg dah lama xtulis blog..huhuhu
(hOnEybEArz)

2 comments:

pOeMar said...

Nice one, dalam hidup nie kita tak bnyak punya pilihan, whether kita yg bertindak atau kita yg menindak, good sharing btw. ^^

syakir said...

nice. Hajjhah must be proud to read this. hee